Sunday, August 14, 2022

Artikel homeopathy oleh Ahli PPHM

 

Sulphur : complaints that are continually relapsing = Aduan berulang-ulang dan lambat sembuh oleh Idris bin Ab. Samad

Ahli nujum atau ahli homeopathy oleh Idris bin Ab. Samad

Sulphur : standing in the worst position they cannot stand oleh Idris bin Ab. Samad

Cedera diserang anjing oleh Idris bin Ab. Samad

Kali - no ordinary family (bukan keluarga sebarangan oleh Idris bin Ab. Samad

Shit - suatu analisa oleh Idris bin Ab. Samad

Show me your tongue, please oleh Idris bin Ab. Samad

Kembong - kolik oleh Idris bin Ab. Samad

Anthracinum untuk anthrax oleh Idris bin Ab. Samad

Jantina dalam bilik rawatan oleh Idris bin Ab. Samad


PERLEMBAGAAN PPHM

 PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATI

MALAYSIA

PERKARA 1 Nama dan Alamat

1.1 Nama persatuan yang berpelembagaan seperti berikut ialah PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATI MALAYSIA yang di sini seterusnya disebut “PPHM”:. Perlembagaan ini di sini seterusnya disebut “Perlembagaan’.


1.2 Ibu Pejabat PPHM mestilah terletak di Malaysia.


1.3 Pejabat berdaftar, tempat berurusan, pejabat-pejabat kecil atau wakil dan alamat surat menyurat PPHM adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Bab 1-Undang-Undang Kecil PPHM. Undang-Undang Kecil PPHM di sini seterusnya disebut ”Undang-Undang Kecil’. Pejabat-pejabat Cawangan boleh juga ditubuhkan di tempat-tempat sebagaimana ditentukan oleh Majlis.


PERKARA II Tujuan

Tujuan PPHM ialah untuk memupuk, memperkembangkan dan memajukan sains, seni, kegunaan serta profesyen dalam bidang homeopati tulin dengan cara-cara berikut:-

2.1 Memajukan dan menegakkan perubatan  homeopati di Malaysia.

2.2 Meninggikan taraf kesihatan orang ramai.

2.3 Menggalak dan memupuk kerjasama antara ahli dengan PPHM dan PPHM dengan orang ramai.

2.4 Meninggikan taraf akhlak dan pelajar ahli-ahli

2.5 Membantu ahli-ahli yang ditimpa kesusahan dengan syarat tidak menjalankan kegiatan ‘pertubuhan faedah bersama’ sebagaimana ditakrifkan dibawah akta Pertubuhan 1966.

2.6 Mengajar, memaju, mempertingkat, mengawal, mengiktiraf dan mengeluarkan sijil kelayakan dalam bidang homeopati

2.7 Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain di dalam dan luar negeri yang dibenarkan oleh kerajaan Malaysia

2.8 Bergabung dengan pertubuhan lain, jika didapati bersesuaian


PERKARA III Keahlian

3.0 PPHM mempunyai dua jenis keahlian:-

a) Ahli-ahli Korporat

b) Ahli-ahli Bukan Korporat 

3.1 Ahli-ahli Korporat akan dibahagi kepada tiga darjah;-

a) Fellow Kehormat

b) Fellow

c) Ahli

3.2 Ahli-ahli Bukan Korporat akan dibahagi kepada tiga darjah;-

a) Fellow Kehormat

b) Ahli Berkelulusan

c) Pelajar

3.3 Nama tiap-tiap ahli akan dimasukkan ke dalam Daftar PPHM mengikut darjah dan jenis keahliannya, setelah keahliannya disahkan mengikut pencalunan dan/atau pemindahan ke darjah berkenaan.

3.4 Para Fellow, Fellow Kehormat dan Ahli adalah berhak memakai huruf ringkas pengenalan berikut sesudah nama-nama mereka untuk menunjukkan darjah keahlian mereka

Fellow Kehormat FKPHomM atau HonFHomMA

Fellow FPHomM atau FHomMa

Ahli APHomM atau MHomMa


Para Ahli Berkelulusan dan Pelajar tidak akan dikenali melalui huruf-huruf ringkas.

Para Fellow, Ahli dan Ahli Berkelulusan bolehlah memakai gelaran “Homeopath”atau ringkasnya “Hp.” sebelum nama-nama mereka.

Para Ahli Korporat bolehlah memakai gelaran “Homeopath Profesional”atau ringkasnya “PHom”selepas nama-nama mereka.

Sesiapa sahaja yang bukan atau bukan lagi menjadi ahli PPHM tidak dibenarkan menggunakan apa-apa pengenalan yang boleh mengaitkannya dengan PPHM.


3.5 PENENTUAN DARJAH DAN JENIS KEAHLIAN


3.5.1 Darjah dan jenis keahlian seseorang adalah ditetapkan oleh Majlis Perubatan Homeopathi Malaysia yang ditubuhkan di bawah Perkara V Perlembagaan. Majlis Perubatan Homeopathi Malaysia ini yang seterusnya disebut “Majlis”. Peraturan-peraturan mengenai keahlian hendaklah diadakan dan disenaraikan dalam Bab 2 Undang-undang Kecil, dan bolehlah dikemaskinikan dari masa ke masa. Ketetapan Majlis dalam perkara darjah dan jenis keahlian ini adalah muktamat.

3.5.2 Felow Kehormat: Fellow Kehormat adalah tokoh-tokoh terkemuka yang difikirkan patut diberi penghormatan oleh PPHM kerana jasa tokoh itu dalam kemajuan sains, seni dan kegunaan Homeopathi. Penganugerahan Fellow Kehormat hanya boleh dbuat oleh Majlis.

3.5.3 Fellow: Penganugerahan darjah ini hanya diberi kepada mereka yang layak dari Ahli Korporat sahaja. Penganugerahan ini tertakluk kepada peruntukan yang ditetapkan dalam Bab 2 Undang-Undang Kecil.

3.5.4 Ahli: Seseorang itu boleh memohon kepada Majlis untuk menjadi Ahli.

3.5.5 Ahli Berkelulusan: Seseorang itu boleh memohon kepada Majlis untuk menjadi Ahli Berkelulusan.

3.5.6 Pelajar: Seseorang itu boleh memohon kepada Majlis untuk menjadi Ahli Pelajar.


3.6 HAK DAN TANGGUNGJAWAB KEAHLIAN

3.6.1 Tiap-tiap Ahli PPHM adalah tertakluk kepada Perlembagaan,  Undang-Undang Kecil dan Peraturan dan akan menikmati semua hak dan keistimewaan keahlian PPHM.

3.6.2 Hanya ahli-ahli Korporat sahaja yang berhak mengundi dan memegang jawatan eksekutif dalam PPHM.

3.6.3 Mana-mana ahli boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk dipecat oleh Majlis mengikut peraturan dalam Bab 3 Undang-Undang Kecil.

3.6.4 Mana-mana ahli PPHM yang sempurna keahliannya boleh berhenti dari menjadi ahli dengan menyatakan hasratnya secara bertulis kepada Setiausaha Majlis untuk disampaikan kepada Majlis yang akan mengesahkannya secara undian terbanyak.


PERKARA IV YURAN

4.1 Tiap-tiap permohonan untuk menjadi ahli PPHM hendaklah membayar yuran masuk emngikut kadar yang diitetapkan oleh Majlis.

4.2 Tiap-tiap ahli hendaklah membayar yuran tahunan atau yuran seumur hidup mengikut kadar yang ditetapkan oleh Majlis. Yuran tahunan hendaklah dibayar sebelum31 Januari bagi tahun berkenaan. Kegagalan membayar yuran tahunan akan dikenakan tindakan mengikut BAB 3 Undang-Undang Kecil.


PERKARA V MAJLIS PERUBATAN HOMEOPATI MALAYSIA

5.1 KEANGGOTAAN

5.1.1 Pentadbiran PPHM adalah dijalankan oleh satu Jawatankuasa yang disebut “Majlis Perubatan Homeopathi Malaysia atau ringkasnya “MPHM” yang terdiri dari pegawai-pegawai berikut yang di sini seterusnya disebut Ahli-Ahli Majlis yang jumlahnya hendaklah tidak kurang dari 11 orang dan tidak lebih daripada 25 orang. Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia ini di sini seterusnya disebut “Majlis”.

a) Seorang Presiden Majlis,

b) Seorang Timbalan Presiden Majlis,

c) Semua Bekas Presiden Majlis yang dijemput dan bersetuju menganggotai Majlis,

d) Setiausaha Majlis,

e) Bendahari,

f) Seorang wakil dari tiap-tiap cawangan PPHM.

dan g) Ahli-ahli Majlis Biasa yang bilangannya tidak lebih dari 7 orang


5.1.2 Ahli-Ahli Majlis dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif mestilah terdiri dari warga negara Malaysia yang bermastautin di Malaysia.




5.1.4 Hanya Ahli-Ahli Korporat sahaja yang boleh memegang jawatan Presiden Majlis, Timbalan Presiden Majlis dan Ahli-Ahli Majlis.

5.1.5 Presiden Majlis, Timbalan Presiden Majlis serta 6 orang Ahli Majlis hendaklah dipilih oleh ahli-ahli korporat mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil mengenainya. Perlantikan tidak lebih dari 3 orang lagi Ahli Majlis bolehlah dibuat oleh Presiden Majlis dari kalangan ahli-ahli Korporat.

5.1.6 Setiausaha Majlis, Bendahari, dan lain-lain pegawai akan dilantik oleh Presiden Majlis dan anggota-anggota.

5.1.7 Kekosongan biasa yang timbul bagi jawatan berkenaan akan dipenuh bagi tempoh yang masih tinggal sebagai berikut:-

a) Presiden Majlis : oleh Timbalan Presiden Majlis

b) Timbalan Presiden Majlis : oleh Setiausaha Majlis

c) Kekosongan lain-lain jawatan dalam Majlis akan dipenuhi oleh calun yang dilantik oleh Presiden Majlis dari kalangan ahli korporat.


5.1.8 Kekosongan jawatan biasanya akan wujud apabila seseorang itu:-

a) Berhenti menjadi Ahli PPHM;

b) Meletak jawatan secara bertulis;

c) Keahliannya ditamatkan mengikut peruntukan dalam perlembagaan;

d) Meninggal dunia;

e) Hilang akal atau gila;

dan f) menjadi seorang muflis.


5.1.9 Senarai kewajipan, tugas dan bidang kuasa tiap-tiap Ahli Majlis hendaklah diadakan oleh Majlis dan disenaraikan dalam Bab 5 Undang-Undang Kecil

5.1.10 Jika sesorang Ahli Majlis PPHM tidak hadir dalam mesyuarat Majlis 3 kali berturut-turut tanpa sebab yang menasabah maka Majlis bolehlah memecat Pegawai tersebut dan keputusan Majlis dalam pemecatan ini adalah muktamad.

5.2 KUASA DAN TANGGUNG JAWAB MAJLIS

5.2.1 Majlis hendaklah bertanggung jawab  terhadap dasar-dasar pentadbiran, hal ehwal dan pengurusan harta benda PPHM tertakluk kepada peruntukan dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan semua rumusan yang dibuat dalam mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas.

5.2.2 Majlis adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan semua tujuan PPHM yang terkandung dalam PERKARA II Perlembagaan. Untuk tujuan ini majlis boleh menubuhkan sebarang badan untuk tujuan-tujuan tertentu dengan mengadakan peraturan-peraturan baginya.

5.2.3 Majlis mempunyai kuasa penuh dan bertanggungjawab di atas perjalanan PPHM dan harus mengambil segala tindakan yang perlu untuk mencapai tujuan PPHM selangi tndakan-tindakan berkenaan tidak bertentangan dengan Perlembagaan, Undang-Undang Kecil dan Undang-Undang Negara.

5.2.4 Majlis adalah bertanggungjawab terhadap dasar-dasar perlaksanaan harta-harta seperti pemilikan, penambahan, pengambilan , peruntukan, derma, pajakan dan wasiat. Majlis tidak 

boleh menjual, menggadai, menukar atau menghapuskan harta-harta tetap PPHM dengan apa cara jua sekali pun tanpa kelulusan Mesyuarat Agung.

5.2.5 Majlis boleh mengambil kakitangan yang dibayar gaji dan lain-lain ganjaran yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

5.2.6 Majlis bolehlah melantik beberapa orang penasihat dan penaung PPHM. Calun-calun penasihat dan penaung hendaklah mereka yang boleh membantu tujuan PPHM

5.2.7 Majlis bolehlah meminta sebarang jenis bantuan dari mana-mana pertubuhan

5.2.8 Majlis adalah berkuasa untuk mentakrif semua hal yang berkaitan Perlembagaan, Undang-Undang Kecil dan Peraturan samada yang tersurat    atau tersirat.

5.2.9 Majlis bolehlah memberi kemudahan kepada sesiapa jua yang ingin memeriksa Daftar Ahli-Ahli PPHM. Ahli-Ahli tidak berhak memeriksa dokumen-dokumen, buku-buku akaun atau buku-buku PPHM (melainkan buku-buku Perpustakaan) kecuali dibenarkan terlebih dahulu oleh Majlis.

5.2.10 Majlis hendaklah menyediakan segala lapuran untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung tahunan.

5.2.11 Majlis boleh memberi tugas kepada mana- mana ahli korporat dan ahli korporat yang ditugaskan demikian mestilah melaksanakan tugasnya.

5.2.12 Majlis hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Kerja yang bilangannya tidak kurang dari lima orang daripada Ahli Majlis untuk melaksanakan tanggung jawab dan kuasa Majlis di antara mesyuarat majlis dan tugas-tugas and kuasa-kuasa lain yang diserahkan oleh Majlis dari masa ke masa. Majlis juga hendaklah mewujudkan jawatan-jawatan kuasa tetap atau sementara untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggung jawab-tanggung jawab tertentu.Perihal jawatankuasa-jawatankuasa hendaklah dijadualkan dalam Bab 6 Undang-Undang Kecil.

5.2.13 Seseorang Pegawai PPHM tidak boleh membuat apa-apa perjanjian bersendirian dengan mana-mana pihak atau mengambil apa-apa tindakan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan PPHM atau ahli-ahli dengan tidak mendapat persetujuan terlebih dahulu dari Majlis.

5.2.15 Presiden Majlis atau wakilnya sahaja yang boleh menjadi jurucakap Majlis.

5.3 CAWANGAN-CAWANGAN

Majlis bolehlah menubuhkan atau memansuhkan Cawangan-Cawangan mengikut peruntukan dalam Bab 7 Undang-Undang Kecil. Penubuhan Cawangan hanya akan dibenarkan setelah Majlis menerima permohonan bertulis yang ditanda tangani oleh tidak kurang 5 orang Ahli korporat yang bermastautin dikawasan berkenaan. Peraturan yang berkuatkuasa atas satu-satu cawangan mestilan diluluskan oleh Majlis mengikut peruntukan dalam Bab 7 Undang-Undang Kecil.

5.4 KEWANGAN

5.4.1 Sumber-sumber kewangan PPHM bolehlah terdiri dari yuran-yuran ahli, apa-apa sumbangan dari ahli atau orang perseorangan, pertubuhan-pertubuhan di dalam dan di luar negeri; keuntungan dari pelaburan dan lain-lain punca yang sah.

5.4.2 Semua wang PPHM yang tidak diperlukan untuk perbelanjaan PPHM semasa bolehlah dilaburkan dengan cara pembelian saham, harta tanah, bangunan dan lain-lain jenis perlaburan yang menguntungkan di masa-mana sahaja di seluruh dunia yang didapati sesuai oleh Majlis, dan Majlis mempunyai kuasa untuk mempelbagai dan menokok tambah perlaburan sdemikian dari masa ke semasa.

5.4.3 Semua wang dan keuntungan yang diperolehi oleh PPHM melalui penglibatan dalam apa jua bentuk perniagaan mestilah digunakan hanya untuk perlaksanaan tujuan PPHM. Tidak ada bonus, dividen atau pembahagian keuntungan dalam apa bentuk sekalipun yanag akan dikeluarkan kepada mana-mana ahli PPHM kecuali pembayaran ganjaran, upah dan perbelanjaan yang adil bagi tugas yang benar-benar dilakukan oleh seseorang.

5.4.4 Majlis mempunyai kuasa untuk membuat dan meminda peraturan kewangan dari masa ke masa dan ianya hendaklah disenaraikan dalam Bab 8 Undang-Undang Kecil.


PERKARA VI MESYUARAT MESYUARAT

6.1 PPHM hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan sesudah 31 Disember dan tidak lewat dari 31 Mei tiap-tiap tahun pada tarikh dan tempat yang ditetapkan oleh Majlis dan dimaklumkan melalui notis kepada ahli-ahli. Empat belas (14) hari sebelum diadakan mesyuarat, satu agenda termasuk salinan-salinan peringatan mesyuarat dan lapuran-lapuran berserta dengan penyata kira-kira bagi tahun lalu yang telah diedit hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli. Seperdua dari jumlah ahli-ahli korporat semasa atau dua kali bilangan ahli Majlis semasa yang mana kurang adalah dianggap kourum Mesyarat Agung. Melantik ahli-ahli Majlis dan pemeriksa kira-kira dua tahun sekali.

6.2 Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, makan mesyuarat itu hendaklah ditangguh kepada suatu Tarikh (tidak lebih daripada 21 hari) yang ditetapkan oleh Majlis, dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat bagi hari itu tetapi tdaklah berkuasa mengubah undang-undang PPHM dan membuat keputusan mengenai semua ahli.

6.3 PPHM bolehlah mengadakan Mesyuarat Agung Khas di samping Mesyuarat Agung Tahunan. Mesyuarat Agung Khas akan didakan untuk tujuan-tujuan tertentu dalam menentukan arah dan urusan hal ehwal PPHM. Korum Mesyuarat Agung Khas sama dengan korum Mesyuarat Agung.

6.4 Majlis hendaklah berusaha mengadakan Mesyuarat Agung Khas apabila menerima permintaan bertulis yang ditandatangani oleh tidak kurang dari seperlima jumlah ahli korporat dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan permintaan bertulis berkenaan. Permintaan itu hendaklah mengandungi usul yang jelas yang hendak dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Khas berkenaan.


6.5 Sekiranya Majlis gagal mengadakan Mesyuarat Agung Khas itu, ahli-ahli korporat yang menanda tangani permintaan dalam perkara 6.3 berhak mengadakan Mesyuarat berkenaan dan mendapatkan semua rekod-rekod yang diperlukan untuk Mesyuarat berkenaan.


6.6 Mesyuarat Majlis bolehlah diadakan bila-bila perlu di tempat yang ditentukan oleh Majlis dalam perlaksanaan tugas-tugasnya. Notis mesyuarat hendaklah diberi kepada ahli-ahli tujuh (7) hari sebelum mesyuarat diadakan. Separuh daripada bilangan Ahli Majlis akan dianggap sebagai korum Mesyuarat Majlis.

6.7 Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa tertentu yang ditubuhkan oleh Majlis akan diadakan pada masa dan di tempat yang ditetapkan oleh Pengerusinya atau Pengerusinya boleh melaksanakan urusan kerja melalui urusan pos sebagai menggantikan mesyuarat.

PERKARA VII JURU ODIT DAN PEMEGANG AMANAH

7.1 Kira-kira PPHM hendaklah dioditkan oleh 2 orang juruodit yang dilantik oleh Mesyuarat Agung. Satu penyata kira-kira mengenai perbelanjaan PPHM Bersama dengan satu penyata asset dan tanggungan hendaklah dikemukakan dalam mesyuarat agung tahunan.

7.2 PENGAMANAH

7.2.1 Tiga orang pengamanah yang berumur lebih 21 tahun hendaklah dilantik oleh Majlis dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh PPHM. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap kepunyaan PPHM dengan menandatangani satu Surat Amanah (Deed of Trust).

7.2.2 Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukar harta kepunyaan PPHM dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung PPHM.

7.2.3 Seseorang Pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatanya oleh Mesyuarat Agung atas sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannnya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhi oleh pengamanah yang baharu dilantik di dalam Mesyuarat Agung.

PERKARA VIII PINDAAN-PINDAAN

8.1 KUASA MEMINDA PERLEMBAGAAN

8.1.1 Perlembagaan hanya boleh dipinda melalui Mesyuarat Agung. Usul pindaan boleh dibuat oleh Majlis atau mana-mana ahli korporat PPHM. Tiap-tiap usul hendaklah di tandatangani dan diserahkan kepada Setiausaha Majlis tidak kurang dari dua puluh satu hari daripada Tarikh Mesyuarat Agung, Deraf usul pindaan akan disediakan oleh Setiausaha Majlis untuk dibentangkan di Mesyuarat Agung.

8.1.2 Satu-satu usul pindaan Pelembagaan hanya akan diterima jika terdapat undi setuju tidak kurang dari dua pertiga dari jumlah ahli yang menghadiri Mesyuarat Agung. Pindaan Perlembagaan yang diterima akan berkuatkuasa apabila diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

8.1.3 Sekiranya usul berkenaan memerlukan penilaian lanjut, Mesyuarat Agung bolehlah merujukkan usul berkenaan kepada Majlis untuk membuat keputusan dan keputusan yang dibuat hendaklah diberitahu pada semua ahli PPHM.



8.2 KUASA MEMBUAT DAN MEMINDA UNDANG-UNDANG KECIL

Majlis akan mempunyai kuasa membuat Undang-Undang Kecil yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan. Undang-Undang Kecil boleh dipinda dalam Mesyuarat Agung jika mendapat undi setuju dari dua pertiga dari jumlah Ahli dengan syarat usul pindaan bertulis telah dikemukakan dalam Mesyuarat Majlis. Permohonan untuk pindaan-pindaan kepada Undang-Undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa dua puluh lapan (28) hari daripada tarikh keputusan hendak membuat pindaan itu. Pindaan-pindaan Undang-Undang dan Undang-Undang Kecil akan berkuatkuasa apabila disahkan oleh Pendafar Pertubuhan.

PERKARA IX PEMBUBARAN

PPHM tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan tidak kurang dari tiga perempat dari jumlah ahli korporat dan dizahirkan dalam satu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas untuk tujuan pembubaran atau melalui undi bertulis. Sekiranya PPHM dibubarkan dengan cara ini, semua hutang dan tanggungan PPHM hendaklah dilunaskan dan apa yang perlu dibuat kepada baki harta PPHM jika masih ada akan ditetapkan dalam Mesyuarat Agung tu juga. Notis pembubaran hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.

PERKARA X PERUNTUKAN PERALIHAN

10.1 Apabila perlembagaan ini diterima dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan, ahli-ahli akan dipindahkan ke darjah-darjah mengikut perkara II Perlembagaan berdasarkan kelayakan masing-masing sebagaimana disenaraikan dalam Bab 2 Undang-Undang Kecil mengikut pertimbangan Majlis seperti berikut:

Ahli Penuh ke darjah Fellow atau Ahli Korporat

Ahli Bersekutu dan Ahli Penyokong yang memenuhi syarat ke darjah Ahli Berkelulusan atau Ahli Pelajar. Keahlian mereka yang tidak memenuhi syarat, akan dimansuhkan.

Ahli Kehormat ke darjah Fellow Kehormat Korporat atau Bukan Korporat mengikut profesyen masing-masing

10.2 Yuran-yuran yang telah dibayar di bawah Peraturan lama akan dikira sah hingga tempoh yang ditetapkan dalam Peraturan Lama.


Monday, November 2, 2020

SENARAI FB LIVE & WEBINAR PPHM 2020

 

SENARAI FB LIVE PPHM TAHUN 2020

TARIKH

SIRI

TAJUK

TETAMU/PENCERAMAH

BIL. VIEWS (SEHINGGA 13.1.2021

28.6.2020

 

FB Live bersama PPHM 28 Jun 2020 - Presiden MPHM

Tuan Zainul Azmi Ahmad

694

5.7.2020

Siri 1 Ep. 2

Mengapa saya memilih rawatan homeopathy

Pn Rosnah binti Adam

2K

12.7.2020

Siri 1 Ep. 3

Pengalaman sebagai homeopath

Tuan Tajudin bin Abdullah

534

19.7.2020

Siri 1 Ep. 4

Komuniti sihat bersama homeopathy

Puan Nur Huda binti Mohd Rus

 

26.7.2020

Siri 1 Ep. 5

Pengalaman merawat pesakit secara homeopathy

Tuan Hj Yunus Hj Ali

 

9.8.2020

Siri 1 Ep. 6

Cabaran homeopathy

Dr Low Boon Song

1.8K

16.08.2020

Siri 1 Ep. 7

Salah faham terhadap homeopathy

Tuan Kamal Shah bin Abdullah Zawawi

 

23.08.2020

Siri 1 Ep. 8

Rawatan homeopathy untuk kanak-kanak

Puan Suraya Ariffin

 

30.08.2020

Siri 2 Ep. 1

Perkembangan homeopathy di Singapuran

Tuan Hamim bin Kamzan

 

6.09.2020

Siri 2 Ep. 2

Rawatan homeopathy untuk wanita dan remaja

Puan Hjh Latipas Mat Deris

 

13.9.2020

Siri 2 Ep. 3

Rawatan homeopathy untuk neonatal jaundice

Puan Hanis Hanifah binti Hj Hassan

 

20.9.2020

Siri 2 Ep. 4

Apa itu homeopathy?

Puan Anis Fatmawati Che Ahmad

 

27.9.2020

Siri 2 Ep. 5

Level of health

Dr. Thayala Sridhar

 

4.10.2020

Siri 2 Ep. 6

Single remedy way forward for homeopathy

Puan Fauziah Md Tahib

 

11.10.2020

Siri 2 Ep. 7

Different methods of prescribing

Dr. Suriyakhatun Osman

 

18.10.2020

Siri 2 Ep. 8

Merawat sakit kepala dengan homeopathy

Puan Nik Nur Syazwani Rosli

 

25.10.2020

Siri 3 Ep. 1

Kesan kecederaan

Puan Suriati Sari

 

1.11.2020

Siri 3 Ep. 2

Homeopathy the way forward for Malaysia

Prof. Dr. Radzi Johari

 

8.11.2020

 

Dr. Pravin’s sharing on ISIS VISION homeopathy software

Dr. Pravin Jain

 

8.11.2020

Siri 3 Ep. 3

Homeopathic approach in Paediatric Cases

A.  Prof Dr Ibrahim Usman Mhaisker

B.   

15.11.2020

Siri 3 Ep 4

Anda tanya, saya jawab

Alias bin Azhar

 

22.11.2020

Siri 3 Ep. 5

Antidote & relapse

Ahmad Syukri bin Baharudin

 

29.11.2020

Siri 3 Ep. 6

Pengenalan homeopathy: the genius of Hahnemann

Mohamed Hatta Abu Bakar

 

6.12.2020 (ditunda)

Siri 3 Ep. 7

Profesionalisme dalam homeopathy

Mohd Fauzi bin Ismail

 

20.12.2020

Siri 3 Ep.8

Mendepani cabaran, melangkah ke hadapan

Faridah binti Abdul Rahman

 

 

 

SENARAI WEBINAR PPHM TAHUN 2020

TARIKH

SIRI

TAJUK

TETAMU/PENCERAMAH

BIL. PESERTA

26.7.2020

Webinar PPHM 01/2020

Febrile convulsion with homeopathy

Muhammad Rafeeq bin Abdulla

19

09.08.2020

Webinar PPHM 02/2020

Clinical application of Dr Sehgal's Rediscovery of Homeopathy in Covid19

Dr Sanjay Sehgal, Dr Sidhant Sehgal

15

13-14.08.2020

Webinar 03/2020

Pneumonia and its homeopathic management

Dr. Sanjay Modhi

13

23.08.2020

Webinar PPHM 04/2020

Pain Management in Degenerative joint disease with homeopathic remedies

Prof Dr Pratha Chakraborthy

10

16.10.2020

Webinar PPHM 05/2020

Kuasa hayat (vital force)

Hjh Rosnah Adam

12

06.11.2020

Webinar PPHM 06/2020

LM Potensi

Dr Low Boon Song

37

30.11.2020

Webinar PPHM 07/2020

Level of health

Dr Thayala Sridhar

10

11.12.2020

Webinar PPHM 08/2020

Perceiving the man in disease – deciphering the mind rubrics

Prof Dr Samir Chaukkar

 

18.12.2020

Webinar PPHM 09/2020

Treatment of chronic disease with miasmatic background

Dato’ Dr Suriyakhatun binti Osman

10

 

 

 

Artikel homeopathy oleh Ahli PPHM

  Sulphur : complaints that are continually relapsing = Aduan berulang-ulang dan lambat sembuh oleh Idris bin Ab. Samad Ahli nujum atau ahli...