Sunday, December 10, 2017

Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia

Pada 2 Januari 1961, persatuan homeopathy yang pertama telah didaftarkan dengan nama Persatuan Homeopathy Malaya (Homoeopathic Society of Malaya) dengan memegang nombor pendaftaran 1607. Presiden Pertama ialah Prof. Dr. Burhanuddin sendiri, Setiausaha Agungnya ialah Dr. Mohammad bin Hanif dan Bendahari Agung ialah Dr. Yaakob Ibrahim. Ahli jawatankuasa ialah Dr. Rahmat Ma’dom, Dr. Rashad Shamsuddin, Dr. Abd Rahman Hashim, Dr. Bahrom Shah dan Dr. Ismail b Muhammad. Ibupejabat persatuan pada waktu itu ialah di 38-B Jalan Hale (Raja Abdullah), Kuala Lumpur. Persatuan ini kemudian mengubah namanya kepada Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (The Homeopathic Medical Association of Malaysia) atau ringkasnya PPHM pada tahun 1979.
Pada tahun 1980-an, persatuan ini telah mula mendapat sokongan dari pelbagai lapisan masyarakat dan banyak seminar-seminar dinaungi oleh tokoh-tokoh politik. Dengan pertolongan pengamal-pengamal seperti Dr. Dali, Dr. Abd Ghani, Dr. Nik Omar, Dr. Teo, Dr. Ghulam Rasool dan ahli-ahli jawatankuasa PPHM 1970 - 1984, kursus-kursus homeopathy telah dapat dikembangkan dengan begitu pesat sekali.
Peningkatan Ilmu di PPHM telah dikembangkan lagi di bawah Majlis Akademi Homeopathy Malaysia (MAhM) yang bertanggung jawab dalam Pembangunan Keilmuan ahli-ahli PPHM. Pada 13 April 1998, satu kerjasama di antara MAhM dengan Fakultas Kedoktoran, Universitas Sumatera Utara (USU) Medan, Indonesia telah dicapai untuk melahirkan graduan-graduan yang memegang Sarjana & Ijazah Perubatan Homeopathy. Kejayaan kerjasama ini dibuat hasil kertaskerja Peningkatan Keilmuan dan Memartabatkan Kelulusan Pengamal Homeopathy di Malaysia yang telah dibentangkan oleh Dato' Dr. Haji Mohd Nordin Abdulrahman (Mantan Timbalan Presiden PPHM) pada Mesyuarat Agong Tahunan pada 20 Julai 1997.
Sehingga kini PPHM terus meningkatkan ilmu ahli-ahlinya dengan mengadakan seminar antarabangsa, dengan membawa penceramah-penceramah yang terkenal dari India, Pakistan, United Kingdom dan Australia.
Walaupun akhir-akhir ini satu demi satu persatuan homeopathy diwujudkan di Malaysia, namun PPHM tetap unggul dan meneruskan perjuangan pengasasnya untuk mengembangkan homeopathy.

No comments:

Post a Comment

Artikel homeopathy oleh Ahli PPHM

  Sulphur : complaints that are continually relapsing = Aduan berulang-ulang dan lambat sembuh oleh Idris bin Ab. Samad Ahli nujum atau ahli...